Bismillahirahmanirahim.
Terdapat dua paradigma utama dalam linguistik iaitu mentalis dan behaviourist. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang berlainan sama ada dari segi prinsip ataupun kaedah. Golongan behavioris menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut.

Jadi,
APAKAH ITU KAEDAH ABJAD?
Kaedah abjad merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan di sekolah. Untuk pengenalan kepada abjad, seorang guru itu akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dari abjad A sehinggalah Z . Kemudian, latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid dapat menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Mereka akan diajar dengan huruf-huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf-huruf besar. Kemudian, latihan menulis huruf-huruf kecil dan huruf-huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar akan dilaksanakan.
~
Murid akan diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam, emas, ikan, obor, dan ular. Seterusnya murid akan diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan pula contohnya cacing, pensil, kunci, baju dan rak. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.

Sekian
Assalamualaikum :)
Rujukan :
Ong Sin Rui (2012) Marilah kita belajar abjad Aa hingga Zz bersama. Dipetik pada 1 September 2014, dari Bahasa Melayu Tahun 1 : http://sinrui820.blogspot.com/p/blog-page.html
No comments:
Post a Comment